17
Apr
09

Website rasmi kami beroperasi semula

Seperti tertera di atas, website kami telah beroperasi semula seperti biasa. Segala maklumat aktiviti-aktiviti dan berita terbaru akan disampaikan dalam laman tersebut. Sila klik disini >>>http://www.umno-jepun.org/umnotohoku/index.php

11
Apr
09

Minggu suai kenal pelajar & AGM Kelab Umno Tohoku 18hb April – Sendai

Berhubung dengan perkara di atas, pihak kami menjemput anda semua untuk menghadiri Minggu suai kenal pelajar (kanggeikai) & Annual General Meeting Kelab Umno Tohoku yang akan diadakan pada masa dan tarikh di bawah.

  • Tarikh : 18hb April 2009 (Sabtu)
  • Tempat : Sendai (peta dan maklumat ke tempat majlis akan disertakan kemudian)
  • Masa : 12 Tgh Hari

Aturcara majlis:

  • 12:00 tgh hari : Menunggu ketibaan pelajar-pelajar
  • 12:30 tgh hari : Mesyuarat Agung Kelab Umno Tohoku
  • 14:00 petang   : Jamuan
  • 15:00 petang   : Suai kenal pelajar baru

Antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa majlis tersebut ialah:

  • Mesyuarat Agung Kelab Umno Tohoku
  • Kanggeikai pelajar-pelajar baru 2009
  • pelantikan Ajk baru Kelab Umno Tohoku

Format pakai pada hari tersebut ialah:

Pakaian bagi ahli lelaki;
1) Menutup aurat dan sopan
2) Baju berkolar

Pakaian bagi ahli perempuan;
1) Sopan dan sejuk mata memandang.
2) Digalakkan memakai baju kebangsaan.

Pakaian bagi kohai;
1) Baju Melayu utk otoko & baju kurung utk onna
2) Baju batik

Pakaian bagi SEMUA AJK;
1) Baju kemeja beserta “blazer”
2) Seluar Jeans adalah dilarang
3) Kasut yang bersesuaian

Di harap kita semua dapat berkumpul pada masa yang ditetapkan dan memeriahkan lagi majlis tersebut.

22
Mar
09

Selamat datang kepada warga-warga baru Tohoku

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Di sini saya mengambil peluang untuk mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada pelajar-pelajar yang akan memasuki institusi-institusi pengajian di kawasan Tohoku ini. Untuk pengetahuan anda semua pelajar-pelajar baru ini akan tiba ke universiti masing-masing pada 25hb Mac ini.

Semoga kehadiran pelajar-pelajar baru tahun ini yang dianggarkan seramai 30 orang akan memeriahkan lagi aktiviti-aktiviti tahunan kita.

Sekian, terima kasih.

05
Jan
09

Jemputan ke Majlis Soubetsukai 10hb Januari (Sabtu)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ahli-ahli Tohoku.

Majlis Soubetsukai Tohoku 2008/09 ini akan diadakan di Yamagata pada hari sabtu ini (10 Januari 2009). Tempat berlangsungnya majlis telah ditunjukkan di dalam peta di bawah.

Oleh itu, pihak kami menjemput semua ahli-ahli Tohoku untuk turut sama memeriahkan majlis di samping meraikan sempai-sempai yang akan mengakhiri pengajiannya di Jepun pada Mac 2009 ini. Pelbagai acara dan persembahan telah diaturkan untuk majlis tersebut. Aturcara majlis adalah seperti berikut;

Aturcara majlis

0200    Pelajar mengambil tempat dan solat asar
0230    Kedatangan tetamu-tetamu kehormat
0240    Nyanyian lagu Negaraku
0245    Bacaan doa
0250    Ucapan dari pengerusi Kelab Umno Tohoku
0300    Ucapan dari Penasihat Kelab Umno Jepun, En. Zubir
0315    Ucapan Penasihat kedutaan Malaysia, En. Jasri bin Kasim
0330     Ucapan dari Duta Besar Malaysia ke Jepun
0415    Bacaan doa makan & Jamuan
0430     Persembahan pancaragam
0445     Tayangan video & slide show
0500    Penyampaian cenderahati kepada senior
0515    Ucapan dari senior
1800    Bersurai

Diminta semua ahli datang sebelum waktu yang ditetapkan untuk menghormati tetamu-tetamu daripada kedutaan. Dewan akan dibuka pada awal pagi untuk tujuan rehearsal persembahan manakala pendaftaran akan dibuka bermula pada pukul 12 tengah hari.  Sila daftar awal untuk memastikan kelancaran majlis. Sistem tempat duduk adalah 6 orang bagi satu meja dan dibahagikan mengikut gakunen masing-masing.

Tetamu kehormat kita ialah;

  • Kedutaan Besar Malaysia ke Jepun, Dato’ Radzi
  • Penasihat Kelab Umno Jepun, En. Zubir
  • Penasihat kedutaan, En. Jasri
  • Penasihat kedua, En. Redha

Pakaian untuk Majlis Soubetsukai ini hendaklah berkonsepkan formal. Bagi lelaki lounge suit sahaja. Bagi wanita pula baju kurung atau baju kebaya. T-shirt dan seluar Jeans tidak dibenarkan sama sekali.

Pada sebelah malam pula akan diadakan perlawanan Bowling. Seperti tahun lepas, rombongan kedutaan akan turut serta dalam acara bowling tersebut.

Bersama kita memeriahkan majlis soubetsukai ini.

02
Jan
09

Maklumat ke tempat majlis soubetsukai 2009

ALAMAT:
Yamagata Shimin Kaikang
990-0039 Yamagata-shi, kasumi-chou 2-9-45

山形市民会館
〒990-0039 山形県山形市香澄町2-9-45

Peta menuju ke tempat majlis:
peta-ke-shimin-kaikang
Akses:
1.    Menggunakan Shinkansen – 7 minit berjalan kaki daripada Stesyen keretapi Yamagata(山形)
2.    Menggunakan bas (daripada sendai) – 3 minit berjalan kaki daripada stesyen terakhir “Yamako Bus Centre”
3.    Kenderaan Persendirian – Daripada Akita dan Fukushima sila ambil simpang ke “Yamagata Eki” (山形駅)melalui Jalan Utama 13 gosen. Daripada Tokyo & Sendai sila keluar dairpada Yamagata Zao IC (山形蔵王IC). Terus melalui Jalan 286 sehingga cabang simpang menuju ke “Yamagata Eki” ke sebelah kanan. Kemudian, anda akan melalui beberapa buah lampu isyarat. Sila ambil lampu isyarat ke kanan menuju ke jalan 121 atau ke Pejabat Pos Utama (山形中央郵便). Lampu isyarat selepas pejabat pos sila ambil simpang ke kiri dan  lampu isyarat selepas itu juga sila ambil simpang ke kiri melalui jalan sehala.Tempat letak kereta Yamagata Shimin Kaikang terletak di sebelah kanan anda. AJK Pengangkutan kami akan berada di situ.

Sebarang Pertanyaan sila hubungi AJK Pengangkutan kami. Arip – 090-2972-8953

*Pembetulan: Jalan menuju ke Pejabat Pos adalah jalan 112. Bukan 121. Maaf atas kesilapan di atas.

04
Dec
08

Majlis Soubetsukai 2008/2009

Berikutan kepada perkara di atas, pihak kami ingin menjemput saudara/saudari ke majlis soubetsukai ke 2 ini yang akan dianjurkan oleh yamagata. Butiran majlis adalah seperti berikut;

Tarikh: 10 Januari 2008 (Sabtu)

Masa: 2.oo petang ~ 6.oo petang

Tempat: Yamagata Shimin Kaikang, 990-0039 Yamagata-shi, kasumi-chou 2-9-45 (bersebelahan dengan kaikang pelajar-pelajar tahun 1 universiti yamagata)

Pelbagai acara akan diatur untuk memeriahkan lagi majlis soubetsukai pada tahun ini.

Harap maklum.

24
Nov
08

Taikai futsal iwate 29hb Nov dibatalkan

Untuk makluman warga-warga Tohoku sekalian.

Taikai futsal iwate pada hari sabtu hujung minggu ini (29hb November 2008) terpaksa dibatalkan atas sebab cuaca yang tidak mengizinkan. Cuaca sejuk yang tidak menentu lebih membawa kepada keburukan dan kecederaan kepada peserta-peserta perlawanan. Oleh itu taikai futsal ini terpaksa ditangguhkan pada tahun depan pada tarikh yang lebih sesuai.

Kesulitan amat dikesali. Harap maklum.

13
Nov
08

All-Star Tohoku in Champion League Nagaoka 23 Nov

Assalamualaikum semua.

Terima kasih kepada Badan-badan khas IPIJ & MADINA kerana telah menjemput kita sebagai salah satu pasukan undangan untuk Champion League kat Nagaoka.  Untuk pengetahuan warga-warga Tohoku, pihak kami meminta kerjasama setiap ken untuk menyediakan 3 atau 4 orang sebagai pemain untuk perlawanan tersebut.

Sesiapa yang berminat sila IM wak(waquelogy1) sebelum 8:00 P.M 15hb nov.

Sekian, harap maklum.

13
Nov
08

Kejohanan Bola Sepak “Champion League” (anjuran bersama MADINA dan IPIJ) -23 Nov

Kejohanan ini mengumpulkan juara-juara dari kejohanan-kejohanan yang sebelum ini bagi mentukan juara terulung di Jepun bagi musim 2008. Kami pihak penganjur pertandingan MADINA & IPIJ berbesar hati untuk menjemput pasukan anda ke kejohanan buat julung-julung kalinya.

Untuk makluman semua , pertandingan kali ini akan disertai oleh 6 pasukan. 4 pasukan akan dijemput selaku juara bagi 4 kejohanan sebelum ini dan 2 pasukan lagi akan dijemput selaku pasukan jemputan.

Selaras dengan taraf kejohanan, pertandingan kali ini akan dimainkan diatas padang artificial.

CHAMPION_LEAGUE_STADIUM

Wang penyertaan adalah sebanyak 15000 bagi setiap pasukan.

  1. Nagaoka (Juara Touhoku)
  2. Toyohashi (Juara Kansai)
  3. Toyama (Juara Gifu Taikai)
  4. Nagoya (Juara Hokuriku)
  5. Touhoku All-star (Jemputan)
  6. Fukui (Jemputan)

(pasukan lain akan dijemput jika didapati ada pasukan di atas tidak berminat untuk menyertai kejohanan ini)

Syarat-syarat pertandingan

1. Bilangan maksimum pemain untuk setiap pasukan ialah 15 orang.( 9 bermain, 6 simpanan).

2. Perlawanan peringkat awal akan dijalankan secara liga . Pasukan yang mengumpul mata terbanyak akan diisyhtiharkan sebagai juara keseluruhan.

3. Masa perlawanan adalah 12 minit bagi setiap separuh masa dan 1 minit untuk pertukaran padang. Pertandingan ini tiada offside.

4. Kiraan mata adalah seperti berikut :

Menang 3 mata

Seri 1 mata

Kalah 0 mata

5. Jika di akhir peringkat liga, didapati mata pasukan ditempat pertama dan kedua terikat, maka satu lagi perlawanan penentuan akan dijalankan. Perlawanan itu akan dianggap sebagia penentuan final.

Jika keputusan adalah seri (pada perlawanan penentuan) , sudden death atau penalti akan dijalankan (Pindaan masa akan dilakukan mengikut kesesuaian keadaan)

6. Setiap pasukan dikehendaki menyediakan seorang pengadil dan 2 orang penjaga garisan semasa pertandingan.

7. Pertukaran pemain boleh dilakukan tanpa menghentikan perlawanan tetapi melalui penjaga garisan dan pertukaran tidak mempunyai had.

8. Setiap pasukan DIWAJIBKAN berada di padang bolasepak NAGAOKA KOUSEN pada jam 9.00 pagi bagi proses pengundian.

9. Setiap pasukan juga dikehendaki menepati masa bagi melancarkan pertandingan dan mengelakkan keadaan tidak teratur.

10. Permainan secara kasar dan menimbulkan kemarahan pihak lain adalah DILARANG. Untuk makluman, pada akhir kejohanan akan diumumkan pasukan fair-play( hadiah adalah dirahsiakan). Diminta juga kerjasama para penyokong untuk menjaga kesopanan dan tatatertib sepanjang kejohanan diadakan.

11. Keputusan pengadil adalah muktamad dan tidak boleh dibantah. Selaras dengan kempen yang dijalankan oleh English Premier League, Respect Referee kempen akan dijalankan. Bagi pemain yang mengingkari keputusan pengadil boleh diberikan kad kuning/merah.

12. Untuk kejohanan kali ini, kami ingin meminta kerjasama semua yang terlibat agar dapat menutup aurat ketika menyertai pertandingan.

13. Setiap pemain juga dikehendaki membawa bersama KAD INSURANS.

14. Minuman untuk para pemain akan disediakan dan akan diberikan kepada wakil universiti. Makanan (bentou) akan disediakan dan diharapkan ketua pasukan dapat menyenaraikan jumlah bilangan yang hadir kepada pihak penganjur. ( 500 yen akan dikenakan bagi setiap bentou)

Menu bentou: Nasi ayam sedap.

Gerai juga akan dibuka.

15. Hadiah-hadiah akan disediakan bagi pemenang tempat pertama dan kedua sahaja.Setiap pasukan akan diberi hamper sebagai token penghargaan kami kepada anda.

Tempat pertama: Grand prize .40,000 yen + hamper + (piala pusingan)

Tempat kedua : 15,000 yen + hamper

Setiap pasukan akan menerima hamper.

18. Aturcara:

08:30-09:00 Urusan urusetia (pendaftaran)

09:00-09:05 Ucapan Wakil Penganjur / Wakil Kedutaan

09:05-09:20 Persediaan dan warm-up

09:20-15:00 Perlawanan peringkat liga

15:30-16:00 Perlawanan akhir ( jika mata terikat)

16:00-17:00 Penyampaian hadiah (gotong royong , bersurai )

10
Nov
08

[cancelled]Taikai Futsal Tohoku 29hb November 2008 – Iwate

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

KUT dengan anjuran MSAJ Tohoku ingin menjemput anda semua ke taikai futsal tohoku yang buat julung kalinya diadakan di Iwate pada hujung bulan November ini. Butiran-butiran taikai futsal ini adalah seperti berikut;

  • Tarikh: 29 November 2008(sabtu)
  • Masa: 11 pagi ~ 4 petang
  • Tempat: Takizawa Sougou Taikukan

Antara format-format perlawanan futsal ini adalah seperti berikut;

  1. Perlawanan Futsal ini berbentuk liga.
  2. Setiap pasukan terdiri daripada 5 orang pemain utama. Pemain simpanan tidak lebih daripada 5 orang dan tidak mengimport pemain pasukan lain.
  3. Pertukaran pemain tidak mengira masa perlawanan.
  4. Separuh masa pertama dan kedua masing-masing adalah 7 minit. Rehat 2 minit.
  5. Diminta setiap pasukan menyediakan pengadil.

Setiap boleh menghantar lebih daripada satu pasukan. Marilah bersama-sama memeriahkan futsal Tohoku ini.

Sebarang pertanyaan sila hubungi AJK sukan dan perhubungan kami.

Razuan (080-5572-2412)




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.